Dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai peribahasa yang sering digunakan sebagai panduan dalam menangani sesuatu perkara. Antaranya ialah, ?Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Setiap bangsa di dunia ini mempunyai peribahasa yang tersendiri. Setiap peribahasa itu mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu. Pada zaman dahulu kala, pendidikan rasmi tidak wujud. Oleh itu, peribahasa dicipta untuk memberi nasihat, panduan atau ingatan kepada masyarakat. Peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya bermakna kalau hendak mendidik anak-anak supaya menjadi baik, maka perlulah diberikan didikan semenjak kecil, sebelum sebelum mereka dipengaruhi oleh perkara-perkara yg tidak baik. Ia mengingatkan ibu bapa, guru-guru sebagai teladan kepada golongan muda hendaklah mengasuh dan mendidik anak-anak muda dengan baik. Kebenarannya memang nyata sekali, kerana kelakuan ibu bapa dan guru-guru senang mempengaruhi tingkah laku golongan muda. Jadi, pendidikan akhlak adalah sangat penting dalam usaha memupuk nilai-nilai yang baik pada seseorang. Seperti yang kita tahu, buluh adalah tumbuhan yang batangnya keras dan sukar atau tidak mungkin dilengkung atau dibengkok. Hanya anak buluh yang masih kecil dapat dilentur. Jadi, jika kita hendak melentur buluh, hendaklah dibuat semasa buluh masih muda kerana anak buluh masih lembut dan boleh dilengkung atau dibengkok. Jika kita melentur buluh yang keras , perbuatan ini akan menjadi sia-sia sahaja. Walaupun kita dapat melentur buluh yang keras, buluh itu akan kembali ke bentuk asalnya dalam masa yang singkat, kita juga akan mematahkan buluh jika tidak berhati-hati. Peribahasa ini amat sesuai dijadikan sebagai suatu panduan kepada golongan ibu bapa dan conservation of comparison pemimpin. Sebagai contoh, kita perlu memberi perhatian terhadap keruntuhan akhlak dan kejatuhan nilai moral di kalangan angkatan baru. Pelbagai lagak laku yang tidak menyenangkan telah dilakukan oleh golongan belia yang dirasai telah melanggar batas tatasusila masyarakat kita. Gejala yang menjolok mata dan yang bertentangan dengan nilai masyarakat seperti cepat tangan, peras ugut dan rogol adalah lanjutan daripada tidak adanya nilai akhlak yang cukup di jiwa para pelakunya. Pendidikan akhlak merupakan satu pendekatan yang penting dalam usaha memupuk nilai-nilai yang baik pada seseorang murid. Jika sifat dan nilai-nilai tersebut sudah ditanam di jiwa mereka semenjak kecil lagi, ini akan mewujudkan sesuana yang aman dan tenteram dalam masyarakat kita pada masa hadapan.
Dengan itu juga, usaha kita untuk mewujudkan anggota masyarakat yang berdislipin tidak akan patah anak tangga. Sebaliknya, jika nilai-nilai itu hendaklah dibentuk pada masa seseorang itu sudah remaja, ia amat sukar untuk bertapak tangan dengan berkesan kerana bak kata pepatah: Jika hendaklah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Anak muda hari ini adalah pemimpin pada hari esok kerana kita sedar bahawa pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara. Sekiranya golongan ini tidak dibekalkan dengan segala sifat yang mulia dan bertanggungjawab, sudah pastilah mereka akan menjadi golongan yang suka buat tahi pada masyarakat kita di hari muka. Demi menghasilkan sebuah negara yang teguh dan kepimpinan yang bermutu dari segi kejiwaan dan pemikiran, pendidikan akhlak patut ditekankan oleh ibu bapa, guru dan para pemimpin kepada kanak-kanak sejak awal-awal lagi. Daripada huraian di atas, jelaslah peribahasa ini membawa amanat yang penting, iaitu ibu bapa, guru dan para pemimpin haruslah mendidik kanak-kanak semenjak kecil, janganlah mengasuh mereka pada masa mereka sudah remaja. Oleh itu jadikan peribahasa ini sebagai panduan dalam kehidupan kita If you want to depress a full essay, cabaret it on our website: Ordercustompaper.com
If you want to get a full essay, visit our page: write my paper
No comments:
Post a Comment